Lulu Pages

Terkini dari alin

Friday, October 18, 2013

Dari Tawau ke Kota Kinabalu, melalui Jalan Kalabakan-Sepulot


Salam pembaca..

Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni, perjalanan ke Kota Kinabalu kami kali ini akan melalui jalan baru. Jalan Kalabakan-Sepulot. Awal pagi, dalam 5.30 selamba saja bangun dan bersiap. Untuk makluman, baju memang dah siap packing awal sejak beberapa hari yang lepas sebab teruja sangat nak jalan..hehe.. Biasanya kalau melalui jalan lama, memang 4.30 pagi dah jalan dari rumah. Dalam pukul 2-3 petang sampailah KK. Memang jauh sampai kematu punggung rasanya. Tapi kali ni memang jauh berbeza sangat, lagipun ramai juga yang cakap, melalui perjalanan ni, hanya mengambil masa dalam 5-6 jam. Bergantung pada jenis kenderaan yang dipakai.


Masa gerak dari rumah, sempat lagi singgah kat tepi jalan kampung Muhibbah, beli sarapan. Selama ni sangka makanan yang jual kat situ mahal. Rupa-rupanya murah. Lepas tu ada banyak pilihan. Nasi lemak, nasi kuning, mee goreng, mee hoon dan pelbagai jenis kuih muih. Memang terbaeklah kan.. Terus rambang mata kat situ. Nasib baik mengenangkan nak jalan jauh, tak biasa makan minum banyak sebab perut akan meragam, terus tak jadi beli banyak.

Memulakan perjalanan, memang kali ni tak mengantuk. Biasanya guna jalan lama, dah macam pancing ikan.. muahaha, mata tu selamba saja nak terlelap. Tapi kali ni celik saja, mungkin sebab teruja dan ada rasa was-was sebab jalan tu memang asing bagi kami dan kebanyakan jalan memang takde papan tanda. Tapi rakan-rakan yang dah ada pengalaman melalui jalan ni memang cakap, jalan saja terus... terus... hehe


Sepanjang perjalanan memang enjoy sebab tak banyak kereta. Dan yang paling istimewanya, kita akan melalui Maliau Basin. Kami singgah sebentar di sini, terus ambik sarapan, makanan yang dibeli tadi, sambil menikmati keindahan semulajadi. Memang sunyi sangat kat sini.. Yelah kan hutan simpan. Kereta pun tak banyak yang lalu. Encik suami sempat lagi 'berkenalan' dengan orang kat pondok jaga Maliau Basin tu.. Asyik dia bercerita hehe.. Lepas makan, dan bergambar, kami meneruskan perjalanan.  Pada mulanya, memang dalam hati teringat dengan keindahan gunung kinabalu, sebab melalui jalan ni, memang tak lalu Ranau dan takkan nampak gunung tu. Terus boleh bayangkan pemandangan kat jalan ni mesti tak cantik dan membosankan.. Tapi siyes, anggapan itu salah sebab jalan ni juga ada keistimewaan tersendiri. Kalau nak tau keistimewaanya, kena baca entri seterusnya..


Tak sempatlah nak rasa kematu punggung, yeay dah sampai kk.. Terus masuk hotel check-in, kita orang tinggal kat Tang Dynasty, sebab kakitangan awam kan ada diskaun kat situ :)





.

Saturday, October 12, 2013

Merancang perjalanan, detinasi yang biasa namun perjalanan yang berbeza



Salam pembaca..

Memang sudah bersedia sejak beberapa bulan, sebab dalam bulan oktober memang biasanya encik suami akan menghadiri temuduga. Sejak tamat pengajian 2010, surat temuduga dari SPA memang selalu ditunggu-tunggu. Sudah berapa kali temuduga, kita orang memang dah sedia fizikal dan mental, yang penting berusaha dan selebihnya tawakal, biarlah Allah yang menentukan. Setakat ni memang belum ada rezeki lagi, tapi itu bukannya alasan untuk mengalahkan :)

Dan bila menerima surat temuduga yang akan diadakan di Kota Kinabalu, keluarga kecil ni terus teruja, namun kerana 2 hari selepas temuduga, ada pula pertandingan badminton (terus sekali pemilihan untuk wakil sukan kesihatan), impian untuk terus nak ke Labuan nampaknya tergendala lagi.. huhu, teringin sangat nak kesana sebab belum pernah sampai lagi.

Dan yang lebih mengujakan, perjalanan yang bakal kami tempuh akan menggunakan jalan baru. Biasanya melalui jalan Tawau-Lahad Datu-Sandakan-Ranau-Kota Kinabalu.. Dan kami bakal menggunakan jalan Kalabakan-Sepulot. Dah banyak sangat cerita mengenai jalan ni yang kami dengar. Dan bila google pun takde banyak sangat cerita mengenainya, terutama yang terkini. Memang dalam kepala risau juga, sebab kebanyakan negatif, dan kita orang hanya akan guna salon car, memandangkan bukan semua jalan tu berturap, ianya akan menjadikan perjalanan yang sangat-sangat mencabar sementelah kat sana kebanyakan kawasan takde line phone, takde stesen minyak dan kedai/workshop incase kalau-kalau kereta rosak ke apa kan.

Untuk info, kami memang dah biasa ke Kota Kinabalu menaiki kenderaan sendiri. Sebelum ni pernah naik kenari. Dan paling mencabar adalah menaiki kelisa. Comel saja kereta kecik tu kalau memotong kenderaan-kenderaan besar seperti bas dan lori. hehe, tapi itu semua menggunakan jalan lama yang tempoh perjalanannya memakan masa selama 8-12 jam, tengok cuaca dan kesesakkanlah kan. Kalau lambat sikit jalan, matahari dah naik, memang banyaklah lori kat jalan tu, susah nak laju..

Tapi alin dan encik suami sebulat suara akan tetap menggunakan jalan ni. Kira kami memang sahut cabaran menggunakan jalan yang sangat asing bagi kami ni. Signboard jalan pun belum lengkap okeh. WAZE? Kalaulah ada line hehe. Tapi kita orang berlagak cool saja.. Sebelum jalan memang sudah niat dalam hati, nak ambil banyak gambar, dan akan buat satu entri terbaik untuk jalan Kalabakan-Sepulot, agar dapat dijadikan panduan pada sesiapa yang bakal menggunakan jalan ini buat pertama kalinya.. yeay, saya memang seorang blogger, hehe..





@ So, kita jumpa di entri seterusnya.. entri banyak gambar......




.

Thursday, October 10, 2013

Pesta Buku POPULAR di Dewan Masyarakat Tawau 6-15hb oktober 2013


Salam pembaca..

Ketika ini sedang berlangsung pesta buku di Dewan Masyarakat Tawau.. Wei julung-julung kali diadakan di Tawau ni, agaknya disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan dari penduduk Tawau, tapi diskaun yang agak kecil juga sebenarnya memainkan peranan yang besar okey.. Huhu, setakat 10%? Bila kira dalam satu buku tu dalam RM2-RM3 saja pun, lebih baik alin beli online, lagipun bila tengok novel-novel yang ada jual kat pameran POPULAR ni, takdelah baru pun. Sepatutnya bawalah sekali novel-novel keluaran terkini, macam bulan september dan oktober. Paling tidak pun bulan ogos atau julai kan. Ni takde. huhu.. Dan kebanyakan dari novel tu alin sudah miliki, so untuk pameran buku ni, takde beli satu novel pun..

Alin ni ada satu perangai tau. Bila kat kedai buku atau dalam pameran ni, asyik pandang orang lain yang tengah blurr nak pilih mana satu novel yang bagus dan berbaloi untuk dibeli dan dimiliki, nak saja bagitau atau suggest novel-novel yang best. Huhu, silalah jangan salah beli. Kebanyakan beli novel-novel yang nipis dan tak best :( sebab tak alert pun. Novel-novel yang baik dan boleh baca berkali-kali macam karya Melur Jelita dan beberapa novel adaptasi dipandang sinis saja.. Owh terus rasa nak buat penguguman, sila beli novel ni, novel tu. Haha, apakan daya, terus insaf kat situ. Tapi sejujurnya, alin lagi suka bila blurr nak pilih dan beli novel, ada orang yang suggest berdasarkan pengalaman membacakan..

Ya, membaca adalah hobi yang tak dapat dipisahkan dengan alin. Dan rasanya malang sangat tinggal kat Tawau ni, kedai buka yang paling besar pun jarang sangat jual buku yang terkini. alin google okey, dan memang alert sangat mana-mana novel terkini. Memang membeli melalui online adalah opsyen pertama, tapi alangkah baiknya jika membeli kat kedai dan terus dapat pegang dan baca kan. Hehe, hari tu turun KL dan KK, memang memborong sangat. Sampai tak larat tangan nak bawa. Sampai encik suami selalu geleng kepala dan tanya, boleh tak tukar hobi lain? Hobi yang lagi murah? Atau pun bila dah selesai baca, boleh tak 'let go' saja novel-novel tu? Hehe, alin saja geleng kepala sambil tersenyum, sebab selalu bila dah selesai baca sesuatu novel, tetap akan ulang baca. Harap sangat suatu hari nanti dapat beli dalam pameran buku kat KL pula.. Masa tu mesti berbaloi beli sebab ada diskaun besar kan.

Sekarang ni, kakak pun dah terjangkit sama. Asyik saja nak bawa kekedai buku. Dan bila si abah bising, dia akan cakap, abah tak boleh marah, membaca kan menambah pengetahuan.. Ish, itu alin takde ajar okeh.. hahaha sabar sajalah encik suami bila bulan-bulan kena sediakan peruntukan hanya untuk buku. Bukan sikit, beratus tu. Selalu juga dia sindir kan, hei nak exam ke? :P





@ Bising-bising pun, encik suami tetap benarkan kita orang beli buku tiap bulan.. tenkiu encik suami *hugs*





.

Tuesday, October 8, 2013

Selamat hari lahir adik #06102013


Salam pembaca..

Dalam tak sedar, adik genap berusia 4 tahun pada 6hb baru-baru ini. Macam baru semalam saja mengandung dan melahirkan adik ni, sekarang dia dah besar. Semakin hari semakin bijak. Adik ni lambat sangat lahir. Sampai ternanti nanti kelahirannya, tak juga lahir, tapi alhamdulillah bila harinya tiba, mama tak sampai sejam kat labour room dah melahirkan, senang sangat. Baring saja, check bukaan sudah 6cm. Rasa sakit pun sedikit sangat. Dah bersalin, boleh pula rasa bosan baring kat katil, tinjau orang sebelah menyebelah yang sedang bertarung nak bersalin pula, dek kerana takde rasa letih pun. hehe. Malah sebenarnya sebelum turun dari kereta selepas parking kat hospital tu, alin sempat lagi menjamah bekalan nasi, sebab pengalaman pertama lahirkan kakak, memang sadis, 6 jam dalam labour room sampai takde tenaga. Kerana kenyang, mama dan baby pun relax saja :)

Sempena hari besar si adik ni, kita orang asyik tanya, adik nak apa.. nak dibelikan apa.. nak hadiah apa. Tapi yelah perangai adik ni memang berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia memang tak reti nak minta atau demand apa-apa. Itulah bila dia pegang sesuatu kat kedai, bila tanya, dia angguk, kita orang terus saja nak beli.. hehe.. Dan hadiahnya sempena hari lahir keempat ni? Ada belikan dia sehelai t-shirt minion warna kuning tu dan topi pinky.. Itupun takdelah nak balut-balut. Bila beli saja dia terus nak pakai.. Bagus, menghargai..

So, tengah hari tu bawalah keluarga kecil ni keluar, dan makan kat luar. Dan bila sentuh pasal kek pula, orang kat rumah ni memang semua pakat suka makan cheese cake, dan adik ni tak berapa, tapi dia suka sangat coklat. So, haraplah sangat kat secret recipe ada kek coklat. hehe, tapi tetap juga cheese. So, dia memula jer makan, lepas tu tak nak, geleng-geleng kepala.

This is your day.. Happy birthday adik.. Genap 4 tahun, tahun ni.. No matter how many Birthdays come and go, you will always be my little princess. 





@ kakak dah angan-angan nak minta apa untuk hadiah hari lahirnya pula 17hb ni. hehe, kek pun dah siap-siap cakap nak kek apa.. Memang tak sabar kan?? Biasanya sambutan hari lahir adik dan kakak disambut sekali setiap tahun, kek pun satu saja. Tapi tahun ni, sebab takde sambutan sangat, kita orang ambil keputusan untuk beli kek berasingan..






.