Lulu pages

Terkini dari alin

Monday, May 22, 2017

Pertama kali sampai ke Lundu, Sarawak.. Apa yang best? (Entri bergambar)



Hai pembaca.. Assalammualaikum..

Kebetulan tempat kerja suami ada buat aktiviti macam hari keluarga dikalangan staf. Destinasi kali ini adalah sebuah daerah kecil di Sarawak iaitu Lundu. Ini adalah pertama kali alin dan anak-anak sampai sini. (Pernah ke Semantan SEMATAN PALM BEACH RESORT, gambar dan pengalaman sepanjang percutian - Kalau suami memang dah beberapa kali atas urusan kerja. Jadi memang alin rasa excited sangat nak pergi. Selalu hujung minggu kat rumah saja, jadi ada peluang berjalan macam ni, mestilah seronok. Dalam perancangan program, awal pagi ada lawatan. Selepas tu di sebelah tengah hari pula ada makan tengah hari yang disediakan bertempat di Gunung Gading National Park.. Wah baru tahu dikawasan Lundu ada gunung, sebab sebelum ni alin hanya tau Gunung Santubong saja di Damai. Tak pernah lagi daki Gunung Santubong tu, tapi memang dah beberapa kali juga sampai Damai. Siap bermalam lagi di Damai Beach Resort. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Thursday, May 4, 2017

Diskaun hebat beli novel di Popular Boulevard Kuching


Hai pembaca.. Assalammualaikum..

Lama tak beli novel. Last beli masa #cybersale beli online dengan karangkraf online hari tu Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti.. jadi kesemua novel tu pun dah habis baca, jadi singgah lah kat Popular Boulevard Kuching sebab nak tengok novel terkini yang ada, tak sangka pula ada sale dalam 20-25% wow banyak juga tu, dah kira murah sangat apatah lagi lagi senang, bayar saja terus boleh bawak balik dan baca. Kebetulan Popular tengah buat macam undian untuk anugerah pilihan pembaca, isi saja borang tu terus dapat lagi kupon 20% diskaun. Novel-novel yang tersenarai pun memang alin ketahui novel yang bagus-bagus. Jadi alhamdulillah, selamatlah dapat beli 6 buah novel agak tebal juga dengan harga RM137.85. Senang hati, sebab banyak jimat.. Arghh sedapnya bau novel baru.. ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Tuesday, May 2, 2017

Pengalaman tengok orang sempat mencuri dalam Padini Sales



Hai pembaca.. Assalammualaikum ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Terkejut juga tengok ramai cakap pasal sale Padini baru-baru ni.. Seperti biasa, Sales Padini selama 4 hari ni (28hb April-01 Mei) memang memang mendapat sambutan yang luar biasa. Berbaris panjang huahua.. Dah dekat nak sampai fitting room tu. Harga serendah RM9 memang dah biasa tengok orang sambar saja, sebab harganya memang agak murah berbanding harga ketika bukan sales. Tapi kali ni memang tak beli apa-pun. Maklumlah sales hujung tahun lalu pun masih baru, dah beli beberapa helai baju juga masa tu, sampai lenguh kaki berbaris masa nak bayar. Kali ni tengok orang saja lah.. Untuk info kami ke Padini di VivaCity Megamall Kuching, Sarawak.

Saturday, April 8, 2017

Alamak biar betul filem animasi 'The Boss Baby' macam ni?




Salam pembaca..

Pagi tadi sekali lagi kami sekeluarga kembali ke TGV Vivacity Megamall Kuching, sebab dari minggu lepas lagi si adik ni nak tonton filem animasi The Boss Baby tu tapi sebab hari tu kami tonton filem Beauty And The Beast, terpaksalah tangguh nonton filem animasi ni ke minggu ni pulak.. Hari demi hari, adik dan kakak bertanya sebab tak sabar sangat nak tonton filem ni, tengok kat trailer filem pun dah tau filem ni best... Jadi, akhirnya tibalah harinya.. yeay ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Saturday, April 1, 2017

Kisah tonton filem Beauty And The Beast di TGV Cinemas VivaCity Megamall, Kuching


Hai pembaca..

Akhirnya.. kihkih.. akhirnya dapat juga tonton filem ni. Sejak ditangguhkan penayangannya, kita orang satu family memang tak sabar sangat nak tengok. Terutamanya si kakak sebab baru-baru ni dia dah mula layan filem Harry Portter yang ditayangkan berulang kali kat Astro, jadi dia dah mula minat watak-watak dalam filem tu terutamanya Emma Watson, yang jadi pelakon Belle dalam filem Beauty And The Beast ni. Emma Watson yang sudah beralih menjadi wanita dewasa ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ lawa sangat, sesuai betul dengan watak Belle ni..


Tuesday, March 28, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair



Hi pembaca..

Hihu, jualan hebat Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 baru-baru ni masih terasa lagi kemeriahannya, kini Lazada kembali buat promosi 'gila' iaitu  Lazada's Big Baby Fair yang akan bermula 29 Mac sehingga 2 April ini. Bolehlah sambung belek-belek lagi barang-barang yang ditawarkan dengan harga promosi sehingga 85% diskaun utuk barang terpilih.. Ya, alin tak silap taip, memang 85%, ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช Huhu menggeletar tangan tak sabar nak scroll dan lihat mana-mana produk yang berkenan ni ekeke.. Ni kalau kat kedai tunggulah sale tengah tahun atau hujung tahun baru dapat, itupun berhimpit dengan ramai orang yang turut nak beli..

Monday, March 27, 2017

Belajar dengan adik umpama berada di medan perang



Hai pembaca..

Untuk Ujian 1 adik baru-baru ni markah nya memang hampir semua A kecuali bahasa arab. Namun begitu purata markah yang diperolehi hanyalah dalam 80-87 markah. (Ini adalah markahnya tanpa ada belajar) Memang agak rapuh dan senang saja turun ke gred B. Apatah lagi tahun ni dia sudah masuk kelas terpandai, jadi memang agak bersaing juga dengan rata-rata pelajar pandai dalam kelas tu. Jadi alin dan encik suami mengambil keputusan untuk 'pujuk' dia belajar dengan belikan buku soalan yang dijual di kedai buku. Lepas tu setiap hari jadualkan dia membuat latihan dengan berbeza subjek setiap hari.

Friday, March 24, 2017

Blog dah jadi lain sebab teruja sangat nak guna template terbaru Blogger hehe



Hai pembaca..

Disebabkan rasa teruja sangat dengan template yang ditawarkan oleh blogger, alin terpaksa habiskan masa berjam-jam untuk setting kan balik blog..Huhu, sudah jadi satu kerja pula, tapi alhamdulillah alin suka dengan perubahan terkini ni, sebab blog ni nampak lebih fresh, terus berkobar-kobar perasaan nak update blog.. Benarlah setiap yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya kan. Ada banyak benda sepatutnya di share dalam blog ni, tapi terperuk saja macam tu, sampai isu-isu tu terus jadi macam basi dan tak sesuai lagi untuk di jadikan entri blog.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข Tapi alin akan cuba juga buat entri untuk mana-mana isu yang boleh dijadikan panduan atau ikhtibar buat pembaca. Insha Allah..

Wednesday, March 22, 2017

Bungkusan dari Karangkraf yang dinanti..


Salam pembaca..

Bungkusan yang satu ni memang dinanti-nantikan sangat. Tak sabar.. Sebab dalam penghantaran pun ada masalah sampaikan dekat 3 minggu baru lah kotak ni selamat sampai.. Huh, alhamdulillah akhirnya selesai juga. Dan cabaran juga nak bawa kotak besar ni naik ke rumah, sebab rumah berada di tingkat 3, berpeluh angkat kebetulan encik suami tak ada, outstation. Hah, gila sangat kan nak beli novel murah. Siapa suruh Karangkraf Mall selalu buat offer hehe..

Friday, March 17, 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST



Lazada ada mengadakan “LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST” sempena Lazada Birthday Sale pada 22 – 24 March 2017 ini. Dan sebagai pelanggan yang sering kali membeli belah dengan Lazada ni, (setiap bulan ada saja barang dari Lazada sampai ke rumah hehe) sudah tentu alin tidak akan ketinggalan turut serta menyertai contest ni.  Semoga adalah rezeki alin untuk menang salah satu hadiah yang ditawarkan.. Insha Allah..

A. Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia? 

Alin memang selesa sangat berbelanja di Lazada ni. Macam-macam barang yang ada dijual dengan harga yang kadang-kadang tu serius tak percaya.. Alamak murahnya. Lagipun Lazada ni selalu sangat buat sales. Barang yang Lazada jual ni juga selalu ada free postage, memang berbaloi lah kan, dari rumah atau melalui telefon bimbit ataupun di mana sahaja kita boleh membeli belah dan lepas tu hanya tunggu di pintu rumah, barang akan sampai dengan selamat.

Tuesday, January 3, 2017

'The Great Wall' memang sebuah filem yang hebat dan mengagumkan


Salam pembaca..



Semalam (isnin) selepas mendaftar untuk sekolah adik (alhamdulillah adik duduk di kelas paling atas untuk tahun 2 ni. Semoga teruskan kecemerlangan adik ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™), selepas sarapan roti canai kat mamak, terus tak tahu nak buat apa. Nak balik rumah, bosan juga sebab masih cuti kan. Jadi terus online TGV tengok apa filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang sekarang. Nampaklah filem The Great Wall sebelah atas sekali (filem baru), jadi bila tengok tiket pun ada serendah RM6, alin terus buat pembelian untuk jam 11.40 pagi.