Lulu Pages

Terkini dari alin

Wednesday, January 3, 2018

Menjelang tahun baru maka genaplah tahun ke-4 berada dibumi Kuching, Sarawak



Salam pembaca..

Selamat tahun baru 2018. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani hidup-hidup seterusnya. Dan menjelang 12 tengah malam, bila terlihat bunga api (dari tingkap rumah boleh nampak hampir keseluruhan kawasan Kuching yang bermandikan bunga api setiap kali tahun baru, tahun baru cina dan perayaan-perayaan lain), alin teringat 4 tahun yang lalu ketika pertama kali melihat puluhan mungkin ratusan bunga api setiap kali perayaan disambut. Dan sebenarnya, walaupun encik suami merupakan tahun ke lima berada disini, jelas terasa kami dah lama berada di Kuching, dan mulai rasa sayang dengan bandaraya ini. Kalau balik cuti ke Sabah, mesti nak pulang cepat-cepat sebab rindu 'rumah' di Kuching, rindu bahasa dan makanan-makanannya yang sedap hehe..



Dan tahun ni, si kakak akan menghadapi peperiksaan PT3 (tingkatan 3) sementara adik pula sudah darjah 3. Sekelip mata saja, tak terasa mereka berdua dah pun besar. Masih sibuk juga alin nak hantar kalau boleh sampai kelas hehe, tapi kakak memang tak mau, adik pula tarik muka juga, tapi buat  tak tau, dan alin akan hantar sampai kelas setiap pagi, tak tau lagi lah sampai darjah berapa hehe. Tapi sebenarnya bagus juga kalau ibu bapa sekali sekala (buat yang berkerjaya, alin tak kerja memang boleh full time) hantar anak sampai dalam sekolah, jumpa cikgu, kenal kawan-kawan anak dan ambil tahu persekitaran sekolah anak. Anak memang elok dibiar berdikari, tapi jauh disudut hati anak, mesti suka dengan rasa ambil berat ibu bapa. Insha Allah, hubungan antara keluarga itu akan lebih mesra dan rapat.

Apa pun, selamat tahun baru semua. Semoga tahun ini akan memberi kebahagiaan yang lebih lagi berbanding tahun-tahun yang lalu..



.

2 comments:

Mizan Yusof said...

Selamat tahun baharu Alin..

makin bertambah tahun makin mencabar nampaknya..anak anak dah besar pula hehe

alin said...

Selamat tahun baru juga en belang tarung.. terima kasih sudi singgah sini